CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, 27 November 2011

Kenali kami

Belajar ABC

mari menyanyi sambil berbahasa isyarat

Faedah melibatkan komuniti dalam pengajaran dan pembelajaran

Faedah kepada murid-murid prasekolah
Memberi peluang kepada murid-murid prasekolah melihat peranan komuniti dengan lebih dekat
Memberi peluang kepada murid-murid memperoleh pelbagai pengetahuan dan pengalaman
Murid-murid lebih mendapat perhatian

Faedah kepada guru
Guru dapat membentuk perhubungan mesra dengan komuniti
Komuniti dapat memberi bantuan kepada guru bagi menjalankan aktiviti prasekolah
Guru berpeluang memperoleh cadangan dan pendapat daripada kmuniti

Saturday, 26 November 2011

KONVENSYEN BERKENAAN HAK KANAK-KANAK

Pada Disember 1989, jawatankuasa penyelaras ditubuhkan bagi menyemak dan mengkaji kandungan Konvensyen Megenai Hak Kanak-kanak ( Convention of Right of Children (CRC)).
Konvensyen menetapkan:
1- Penjagaan dan perlindungan setiap individu di bawah umur 18 tahun (setiap kanak-
kanak) sebagai keutamaan bagi semua orang terutama kerajaan sesebuah kerajaan.

2- Mengandungi 54 perkara dan dibahagikan pada tiga bahagian. Bahagian I (Perkara 1-41) yang mengandungi hak yang perlu diberi kepada seseorang kanak-kanak.Bahagian II (Perkara 42-45) dan Bahagian III (Perkara 46-54) lebih kepada tanggungjawab negara dalam mempromosi serta merancang masa depan berkenaan hak itu.

3- Malaysia menerima pakai semua perkara itu kecuali pada Perkara 1,2,7,13,14,15,18(1)(a) dan 37.

Sunday, 30 October 2011

Salam perkenalan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Terlebih dahulu saya sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana berkat usaha dan sokongan dari keluarga,suami, anak-anak serta rakan-rakan seperjuangan akhirnya blog ini berjaya dihasilkan. Walaupun pada hakikatnya masih banyak perkara yang perlu diperbaiki, namun saya berharap semuanya akah disempurnakan dengan sebaik mungkin.
Kepada rakan-rakan UPSI, yang telah diamanahkan untuk menghasilkan laman blog ini, saya doakan semoga kita semua berjaya dan sentiasa menjalankan tugasan yang diberikan dengan penuh tanggungjawab.
Biarpun pada hakikatnya terdapat pelbagai kekangan yang harus ditempuhi, tetapi saya percaya dengan berbekalkan keyakinan dan usaha untuk sentiasa memajukan diri insyAllah, segalanya mampu dicapai.

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam KECUALI?