CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 14 December 2011

Masa mengenal makanan...

Setiap makanan yang diberikan adalah untuk tumbesaran. Pastikan makanan yang ditawarkan kepada anak-anak di awal tahun pertamanya cukup berkhasiat dan baik untuk kesihatan.
SAYUR-SAYURAN


Sama ada segar atau dimasak, diproses atau sebaliknya, sayur sayuran merupakan sumber makanan yang terbaik untuk anak-anak. Hal ini kerana kandungan vitamin, mineral dan serat yang terdapat di dalamna sangat baik untuk kesihatan.

DAGING DAN IKAN
Inilah makanan yang dapat memberikan sumber protein yang banyak kepada anak-anak kita. Protein yang datang daripada sumber makanan ini sangat penting dalam pertumbuhan. Oleh yang demikian akan-anak perlu mengambil makanan ini setiap hari mengikut sukatan yang sepatutnya.

Saturday 10 December 2011

Tahukah adik-adik





















Ikan paus mempunyai lapisan lemak yang tebal di bawah kulitnya supaya ia tetap berasa hangat di dalam air sejuk?
Anak ikan paus biru pada permulaannya menambah berat lebih dari 85 kilogram sehari?
Seekor ikan paus biru amat besar sehingga ia boleh memuatkan sebuah bas yang kecil di dalam mulutnya?

Saturday 3 December 2011

Perancangan Strategik Sk Pendidikan Khas Kota Kinabalu

Rajin membaca

Mari membaca

Bacaan bergred

Bacaan Bergred Menggunakan Kod Tangan

Sunday 27 November 2011

Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK)

Tidak semua manusia dalam muka bumi ini dilahirkan dengan sempura. Begitulah juga dengan perkembangan bidang pendidikan yang sentiasa bergerak dan berkembang seiring dengan arus perkembangan era globalisasi. Demikian jugalah dengan perkembangan pendidikan khas bermasalah pendengaran. KSSR Pendidikan Khas Masalah Pendengaran bagi mata pelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK) bertujuan melengkapkan murid bermasalah pendengaran menguasai kemahiran bahasa, bagi keperluan diri untuk berkomunikasi, mempelajari dan memperoleh ilmu serta maklumat baru. Kurikulum Standard Bahasa Isyarat ini akan dijadikan wahana utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai mod komunikasi bagi semua mata pelajaran. Organisasi kandungannya meliputi kemahiran praisyarat, kemahiran visual dan kemahiran Bahasa Isyarat Kreatif.

Belajar mengira 1-10

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam KECUALI?