CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 27 November 2011

Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK)

Tidak semua manusia dalam muka bumi ini dilahirkan dengan sempura. Begitulah juga dengan perkembangan bidang pendidikan yang sentiasa bergerak dan berkembang seiring dengan arus perkembangan era globalisasi. Demikian jugalah dengan perkembangan pendidikan khas bermasalah pendengaran. KSSR Pendidikan Khas Masalah Pendengaran bagi mata pelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK) bertujuan melengkapkan murid bermasalah pendengaran menguasai kemahiran bahasa, bagi keperluan diri untuk berkomunikasi, mempelajari dan memperoleh ilmu serta maklumat baru. Kurikulum Standard Bahasa Isyarat ini akan dijadikan wahana utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai mod komunikasi bagi semua mata pelajaran. Organisasi kandungannya meliputi kemahiran praisyarat, kemahiran visual dan kemahiran Bahasa Isyarat Kreatif.

0 comments:

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam KECUALI?