CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 30 October 2011

Salam perkenalan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Terlebih dahulu saya sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana berkat usaha dan sokongan dari keluarga,suami, anak-anak serta rakan-rakan seperjuangan akhirnya blog ini berjaya dihasilkan. Walaupun pada hakikatnya masih banyak perkara yang perlu diperbaiki, namun saya berharap semuanya akah disempurnakan dengan sebaik mungkin.
Kepada rakan-rakan UPSI, yang telah diamanahkan untuk menghasilkan laman blog ini, saya doakan semoga kita semua berjaya dan sentiasa menjalankan tugasan yang diberikan dengan penuh tanggungjawab.
Biarpun pada hakikatnya terdapat pelbagai kekangan yang harus ditempuhi, tetapi saya percaya dengan berbekalkan keyakinan dan usaha untuk sentiasa memajukan diri insyAllah, segalanya mampu dicapai.

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam KECUALI?